Baiklah, bayangkan perut kita ni macam mesin basuh, tapi bukannya basuh baju, tapi proses makanan.
GERD atau gastrik ni macam mesin basuh yang dah terlebih muatan atau air, habis melimpah air keluar.
Jadi, bila kita buat IFLK, kita sebenarnya tolong perut kita berehat sekejap, macam kita bagi mesin basuh tu masa untuk sejuk dan pulih balik.
- IF : Bagi Mesin Basuh Berehat
Bila kita puasa, perut kita tak perlu sentiasa “berputar” untuk cerna makanan. Bayangkan perut tu dapat duduk berehat kat atas sofa sambil tengok Netflix.
Kurang kerja, kurang tekanan, jadi asid dalam perut pun kurang mengamuk.
Macam bila kita bagi mesin basuh tu masa untuk ‘cool down’. Bila tak banyak makanan yang masuk, tak banyak jugalah asid yang terhasil. Jadi, risiko asid naik ke tekak pun berkurang.
- Keto: Kurangkan “Air Sabun” Berlebihan Bila kita makan makanan tinggi karbohidrat, perut kita macam dibanjiri dengan “air sabun” yang banyak (asid la tu).
Karbohidrat ni memang suka bagi perut kita kerja keras, sebab dia cepat-cepat hantar isyarat untuk hasilkan lebih banyak asid.
Tapi dengan Lazy Keto, kita kurang makan karbohidrat, jadi “air sabun” tu tak lah banyak sangat.
Hasilnya, perut kita lebih tenang, kurang “bocor”, dan gastrik pun tak lah datang menyerang sesuka hati.
- Perut Tak Ada Masa Nak Merajuk Bila kita buat IFLK, kita bagi perut kita waktu makan yang tetap. Bayangkan perut tu macam budak kecil, kalau kita bagi dia jadual tetap, dia jadi lebih disiplin, tak ada masa nak merajuk atau buat perangai.
Jadi, tak ada lah masalah perut rasa melilit atau asid naik waktu tak sepatutnya.
- Makan Real Food: Perut Lebih “Bersyukur”
Bila kita makan makanan yang betul-betul real, macam daging, sayur-sayuran, dan lemak sihat, perut kita macam dapat “massage” yang sedap.
Tak ada lagi “junk food” yang buat dia rasa nak meletup. Jadi, gastrik dan GERD pun kurang kacau.
Kadang-kadang kita kena pujuk perut kita macam kita pujuk kawan baik. Jangan terlalu ketat sangat, sekali-sekala bagi lah dia treat yang sihat.
Tapi bila kita main ikut peraturan (puasa dan makan makanan sihat), perut kita pun happy, dan kita boleh enjoy hidup tanpa diganggu gastrik atau GERD.
Jadi, dengan IFLK ni, kita bukan saja jaga badan, tapi juga jaga perut kita. Bayangkan perut tu macam rakan sekerja yang happy bila tak ada terlalu banyak beban.
Bila perut happy, kita pun happy.
Tak ada lagi sakit gastrik atau GERD kacau hidup kita!