Posted in

Senarai Hospital Rakan Bayi Seluruh Malaysia

hospital mesra bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi Seluruh Malaysia

Assalamualaikum semua, Hospital Rakan Bayi memainkan peranan penting dalam menyokong ibu-ibu, terutamanya ibu yang pertama kali bersalin. Ia menyediakan perkhidmatan dan bimbingan bagi memastikan penyusuan susu ibu dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan.

Kebaikan Hospital Rakan Bayi

  1. Memberi kesedaran tentang kepentingan susu ibu dan kaitannya dengan tumbesaran serta perkembangan fizikal, mental, dan sosial kanak-kanak.
  2. Melatih anggota kesihatan dalam pengurusan laktasi.
  3. Membantu ibu memahami kepentingan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah penyusuan.
  5. Menjadi sumber rujukan serta dorongan kepada ibu sepanjang tempoh berada di hospital dan selepas discaj untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu.

10 Langkah ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

  1. Mempunyai dasar bertulis mengenai penyusuan susu ibu yang dikomunikasikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan dalam kemahiran penyusuan susu ibu.
  3. Memberikan maklumat kepada ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu memulakan penyusuan dalam tempoh 30 minit selepas kelahiran.
  5. Mengajar teknik penyusuan yang betul dan cara mengekalkan laktasi walaupun ibu terpaksa berpisah dengan bayi.
  6. Tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu kepada bayi kecuali atas sebab perubatan.
  7. Mengamalkan sistem “rooming-in”, membenarkan ibu dan bayi bersama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberi puting tiruan kepada bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menyediakan kumpulan sokongan penyusuan dan merujuk ibu kepada mereka selepas keluar dari hospital atau klinik.

Polisi Kebangsaan Penyusuan Ibu

Semua ibu digalakkan menyusukan anak mereka dengan susu ibu sahaja selama enam bulan pertama dan meneruskannya sehingga anak berusia dua tahun. Makanan pelengkap boleh diperkenalkan selepas bayi berusia enam bulan.

Senarai Hospital Rakan Bayi di Malaysia

Berikut adalah senarai hospital kerajaan dan swasta yang menyokong penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia:

Hospital Kerajaan:

  1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
  2. Hospital Sultanah Bahiyah
  3. Hospital Sultan Abdul Halim
  4. Hospital Kulim
  5. Hospital Langkawi
  6. Hospital Baling
  7. Hospital Sik
  8. Hospital Yan
  9. Hospital Jitra
  10. Hospital Kuala Nerang
  11. Hospital Pulau Pinang
  12. Hospital Seberang Jaya
  13. Hospital Bukit Mertajam
  14. Hospital Kepala Batas
  15. Hospital Sungai Bakap
  16. Hospital Balik Pulau
  17. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  18. Hospital Taiping
  19. Hospital Teluk Intan
  20. Hospital Seri Manjung
  21. Hospital Slim River
  22. Hospital Batu Gajah
  23. Hospital Kuala Kangsar
  24. Hospital Tapah
  25. Hospital Parit Buntar
  26. Hospital Kampar
  27. Hospital Sungai Siput
  28. Hospital Selama
  29. Hospital Gerik
  30. Hospital Changkat Melintang
  31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  32. Hospital Kajang
  33. Hospital Banting
  34. Hospital Kuala Kubu Baru
  35. Hospital Tanjung Karang
  36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
  37. Hospital Selayang
  38. Hospital Serdang
  39. Hospital Ampang
  40. Hospital Kuala Lumpur
  41. Hospital Putrajaya
  42. Hospital Labuan
  43. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
  44. Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
  45. Hospital Tampin
  46. Hospital Port Dickson
  47. Hospital Jelebu
  48. Hospital Melaka
  49. Hospital Alor Gajah
  50. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
  52. Hospital Batu Pahat
  53. Hospital Kluang
  54. Hospital Segamat
  55. Hospital Kota Tinggi
  56. Hospital Pontian
  57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai
  58. Hospital Tangkak
  59. Hospital Mersing
  60. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
  61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
  62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
  63. Hospital Kuala Lipis
  64. Hospital Bentong
  65. Hospital Raub
  66. Hospital Jerantut
  67. Hospital Jengka
  68. Hospital Muadzam Shah
  69. Hospital Pekan
  70. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  71. Hospital Kemaman
  72. Hospital Dungun
  73. Hospital Besut
  74. Hospital Hulu Terengganu
  75. Hospital Setiu
  76. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
  77. Hospital Kuala Krai
  78. Hospital Pasir Mas
  79. Hospital Tanah Merah
  80. Hospital Tumpat
  81. Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh
  82. Hospital Machang
  83. Hospital Gua Musang
  84. Hospital Jeli
  85. Hospital Umum Sarawak
  86. Hospital Sibu
  87. Hospital Miri
  88. Hospital Bintulu
  89. Hospital Kapit
  90. Hospital Sarikei
  91. Hospital Sri Aman
  92. Hospital Saratok
  93. Hospital Kanowit
  94. Hospital Limbang
  95. Hospital Serian
  96. Hospital Daro
  97. Hospital Betong
  98. Hospital Bau
  99. Hospital Mukah
  100. Hospital Simunjan
  101. Hospital Marudi
  102. Hospital Lundu
  103. Hospital Lawas
  104. Hospital Likas
  105. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
  106. Hospital Tawau
  107. Hospital Keningau
  108. Hospital Lahad Datu
  109. Hospital Beaufort
  110. Hospital Kudat
  111. Hospital Kota Belud
  112. Hospital Sipitang
  113. Hospital Tenom
  114. Hospital Ranau
  115. Hospital Papar
  116. Hospital Kinabatangan
  117. Hospital Kota Marudu
  118. Hospital Semporna
  119. Hospital Beluran
  120. Hospital Tambunan
  121. Hospital Kunak
  122. Hospital Pitas
  123. Hospital Kuala Penyu

Hospital Swasta:

  1. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
  2. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
  3. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam
  4. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
  5. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
  6. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.