Posted in

Cara Atasi Fibroid Tanpa Pembedahan Dengan Berkesan

fibroid

Fibroid: Masalah Kesihatan Wanita yang Perlu Diambil Serius

Fibroid ialah ketumbuhan yang berlaku di dinding rahim wanita. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk haid yang berpanjangan dan banyak. Pesakit fibroid biasanya mengalami gejala seperti sakit di bahagian pelvis, kekejangan, sakit belakang, dan yang paling membimbangkan, ia boleh menjejaskan tahap kesuburan. Dalam kata lain, wanita yang menghidap fibroid mungkin menghadapi kesukaran untuk hamil.

Namun begitu, ada juga pesakit fibroid yang tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Keadaan ini membuatkan fibroid kadang-kadang sukar dikesan lebih awal. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera sebelum ketumbuhan ini membesar dan menjadi lebih berbahaya.

Apa Sebenarnya Punca Fibroid?

Punca sebenar fibroid masih belum dapat dipastikan. Walau bagaimanapun, pakar percaya ia sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. Selain itu, faktor keturunan juga memainkan peranan besar. Jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah menghidap fibroid, risiko anda untuk mengalaminya juga lebih tinggi.

Kenapa Fibroid Perlu Dirawat Segera?

Jika fibroid dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh terus membesar dan menyebabkan komplikasi serius. Fibroid yang bersaiz besar mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Dalam kes yang lebih teruk, doktor mungkin mencadangkan pembedahan membuang rahim (histerektomi).

Lebih menyedihkan, ada situasi di mana ovari dan tiub fallopio juga perlu dibuang sekali. Keadaan ini menyebabkan wanita yang menjalani pembedahan tersebut kehilangan peluang untuk hamil.

Apa Langkah yang Perlu Diambil?

Jika anda mengesyaki ada masalah fibroid, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Bertindaklah segera untuk mencegah fibroid daripada membesar dan menjejaskan kesihatan anda. Rawatan awal bukan sahaja boleh mengelakkan komplikasi serius tetapi juga meningkatkan peluang anda untuk mengekalkan kesuburan.

Alternatif Lain Bantu Kecutkan Fibroid

Ini bukan ubat, tetapi suplemen. Saya mencadangkan alternatif lain selain pembedahan, iaitu dengan mencuba suplemen Shaklee sebagai salah satu ikhtiar.

Alhamdulillah, ramai yang telah mencuba kaedah ini dan berjaya mengecutkan fibroid mereka menggunakan set khas Shaklee yang membantu mengecutkan fibroid. Salah seorang yang telah berjaya ialah Puan Nurhayatul Nira daripada Supermom.

ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA

[ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.

Bagaimanapun, saya mendapat “kesan sampingan” daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.

Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang.

Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam. Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!

Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.

Berikut adalah suplemen yang diambil oleh Puan Nurhayatul:

  1. Vivix
    Vivix merupakan suplemen tinggi antioksidan, yang sangat baik untuk membantu usaha mengecutkan fibroid secara semula jadi.
  2. Omega Guard
    Omega Guard pula berfungsi sebagai agen anti-radang, membantu mengurangkan keradangan yang mungkin berkaitan dengan fibroid.

Ini membuktikan bahawa dengan mengambil suplemen sebagai alternatif, fibroid boleh dikecutkan tanpa perlu melalui pembedahan.

Jika anda sedang berdepan masalah fibroid, cubalah ikhtiar dengan Vivix sebelum fibroid semakin membesar atau menjadi lebih berbahaya. Risiko untuk sukar hamil juga boleh diminimumkan dengan tindakan awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.