Saya dimarah kerana cakap sudah sembuh diabetes.
Saya taknak bercakap dari sudut pandangan medical sebab saya bukan orang medical pun. Saya nak bercakap dari pandangan orang awam je.
Bagi saya, ada diabetes jenis 2 bile HbA1c sudah lebih 6.0%. Kalau Bawah 5.7% dikira normal, maka disitu sudah sembuh diabetesnya.
Tapi, adakah bermakna saya bebas makan apa sahaja dan bacaan gula tak naik? Tak! Bacaan gula tetap naik kalau makan makanan tinggi karbo.
Abistu, mana datangnya “sembuh diabetes” kalau gitu? Itulah beza antara diabetes dan insulin resistance (IR). 2 perkara berbeza, tetapi berkaitan. Diabetes boleh je sembuh bile HbA1c sudah normal. Tapi kalau dah makan carbo sikit gula melonjak tinggi mencipta zaman, maka ianya adalah keadaan insulin resistance / rintangan insulin. Adakah IR ni boleh Kembali normal atau insulin sentive? Boleh! Buatlah IFLK.
Ada je doktor yang gune istilah “reversed diabetes” dan ada yang guna istilah “sembuh diabetes”. Takde masalah pun. Kalau anda rasa anda taknak guna istilah sembuh sebab anda rasakan diabetes tak boleh sembuh, teruskan. Saya akan tetap guna istilah sembuh sebab saya yakin, ianya boleh sembuh.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Jom reversed / sembuh diabetes dengan IFLK. Jemput baca https://bit.ly/SihatIFLK